Jualan Rahmah tawar diskaun hingga 30 peratus barangan persiapan Aidiladha


  • Primer
  • Khamis, 15 Jun 2023

'Jualan Rahmah' diadakan untuk meringankan beban rakyat menjelang sambutan perayaan akan datang.

PENGGUNA dijangka menikmati potongan harga sehingga 30 peratus untuk barangan tertentu dalam program 'Jualan Rahmah' menjelang Hari Raya Aidiladha mulai Jumaat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, inisiatif tersebut bertujuan untuk meringankan beban rakyat menjelang sambutan perayaan akan datang dan akan dianjurkan di semua 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

Menurutnya di samping jualan berkenaan, kerajaan akan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) untuk Hari Raya Aidiladha seperti yang dilakukan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

" 'Jualan Rahmah' adalah kaedah alternatif yang membolehkan pihak berkaitan mengambil bahagian untuk menawarkan sekurang-kurangnya 16 barangan diskaun untuk dibeli orang ramai sebagai sebahagian daripada persiapan perayaan mereka.

"Barang-barang yang dijual biasanya berbeza mengikut musim perayaan dan ia dipilih oleh pihak-pihak tersebut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan Gerakan Pengguna Pelajar peringkat kebangsaan untuk universiti awam di Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor pada Khamis.

Dalam pada itu, Fuziah berkata, program jualan berkenaan akan dilanjutkan sehingga 28 Jun.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan bekalan barangan mentah seperti daging lembu adalah mencukupi di pasaran untuk musim perayaan akan datang. The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram