SEBUAH sekolah di Jharkhand, India membenarkan seekor monyet spesies Langur untuk sama-sama belajar di dalam kelas.
Gelagat haiwan itu turut dirakam oleh seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Deepak Mahato di Twitter.
Dalam video tersebut, monyet berkenaan kelihatan seperti sedang memberi tumpuan kepada sesi pembelajaran bersama murid lain.
Rakaman video yang menunjukkan seekor monyet berada di dalam kelas.
Telatah haiwan unik itu menarik perhatian dan mencuit hati warganet yang rata-rata teruja melihat tingkah lakunya sebegitu.
"Disebabkan berkelakuan baik dan pintar, dia berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah perubatan," kata seloroh seorang pengguna media sosial.
Sementara itu, Jabatan Perhutanan India mengatakan haiwan seperti monyet sering dilihat berkeliaran di sekitar kawasan sekolah, namun tidak mencederakan pelajar. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram