[VIDEO] Ibarat 'apocalypse', jejambat roboh lori tangki petrol meletup di Philadelphia


  • Benua
  • Isnin, 12 Jun 2023

Tangkap layar klip video tular menunjukkan kenderaan kecemasan berkumpul di sekitar jejantas yang runtuh di Philadelphia di Pennsylvania. — Agensi

SEBAHAGIAN daripada jejambat di lebuh raya yang sibuk di Philadelphia di Pennsylvania, Amerika Syarikat roboh selepas sebuah lori tangki yang membawa petrol terbakar di bawah jejambat itu, lapor Xinhua pada Isnin.

Gabenor Pennsylvania Josh Shapiro berkata, tiada kecederaan dilaporkan setakat ini dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengenal pasti mana-mana individu yang mungkin terperangkap dalam kejadian itu.

Beliau berkata, bahagian utara lebuh raya itu runtuh sepenuhnya, manakala lorong arah selatan tidak selamat untuk digunakan dan akan mengambil masa kira-kira beberapa bulan untuk baik pulih.

Lalu lintas di kedua-dua arah lebuh raya itu ditutup buat sementara waktu bagi memastikan kawasan itu selamat digunakan oleh orang awam.

Pada masa sama, turut tular klip video menunjukkan kenderaan kecemasan berkumpul di sekitar jejantas yang runtuh itu.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan berkata pihaknya akan menghantar pasukan untuk menyiasat punca kejadian itu. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram