DUN Pulau Pinang dibubar 28 Jun — Ketua Menteri


  • Primer
  • Khamis, 08 Jun 2023

Sebelum ini, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri akan membubarkan DUN dalam tempoh dua minggu terakhir pada Jun ini.

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bakal dibubarkan pada 28 Jun ini bagi memberi membuka laluan kepada pelaksanaan pilihan raya negeri, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Beliau berkata, perkara itu bakal dibentangkan kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dalam masa terdekat.

“Kami telah memutuskan tarikh pembubaran (DUN) adalah pada 28 Jun dan akan bertemu Yang di -Pertua Negeri untuk mencadangkan perkara itu,” katanya pada sidang media pada Khamis.

Sebelum ini, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri akan membubarkan DUN dalam tempoh dua minggu terakhir pada Jun ini.

Enam negeri terdiri daripada Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan tidak membubarkan DUN mereka untuk mengadakan pilihan raya bersama-sama dengan peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu yang diadakan pada 19 November tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, enam negeri terbabit harus mempertimbangkan mengadakan pengundian serentak dan menambah bahawa langkah mengadakannya secara bersama-sama akan menelan belanja RM450 juta.

Dewan Undangan Negeri Selangor ditetapkan untuk dibubarkan secara automatik pada 26 Jun ini dengan pilihan raya di negeri itu mesti diadakan dalam tempoh 60 hari menjelang 26 Ogos 2023.

Dewan Undangan Negeri Kelantan pula secara automatik bakal terbubar pada 28 Jun ini manakala Terengganu (1 Julai 2023), Negeri Sembilan (2 Julai 2023), Kedah (4 Julai 2023) dan Pulau Pinang (2 Ogos 2023). — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram