Kon Yeow tak tahu, wujud komplot mahu Guan Eng kembali jadi Ketua Menteri P.Pinang


  • Politik
  • Rabu, 03 Mei 2023

Laporan sebuah portal menyatakan terdapat desakan dalaman daripada DAP untuk menghalang Kon Yeow daripada kembali sebagai ketua menteri selepas pilihan raya negeri.

KETUA Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengakui tidak tahu mengenai komplot untuk menjatuhkannya daripada jawatan tersebut.

"Ini adalah satu berita baharu kepada saya," katanya kepada pemberita pada Rabu ketika ditanya mengenai laporan portal menyatakan terdapat desakan dalaman daripada DAP untuk menghalangnya kembali sebagai ketua menteri selepas pilihan raya negeri.

Menurut laporan berkenaan, 'perancang konspirasi' itu terdiri daripada tiga Ahli Dewan Undanga Negeri (ADUN yang merasakan beliau tidak menunjukkan keberkesanan dalam memimpin negeri.

Laporan itu turut mendakwa bahawa kumpulan tersebut mahu Lim Guan Eng untuk kembali menjawat jawatan berkenaan.

Ditanya mengenai kemungkinan tersebut, Kon Yeow berkata, mengikut perlembagaan negeri, seorang ADUN boleh dilantik sebagai ketua menteri jika mereka tidak memegang jawatan itu selama dua penggal.

Lim merupakan ketua menteri dari 2008 hingga 2018, sebelum Kon Yeow menggantikannya.

Kon Yeow berkata, tumpuannya kini adalah untuk memimpin Pakatan Harapan negeri menuju kemenangan sebelum memutuskan tindakan seterusnya.

Chow berkata, beliau juga tidak mengetahui mengenai ADUN yang terbabit dalam usaha tersebut.

“Saya tidak tahu siapa mereka... tiada siapa yang meluahkan rasa tidak senang mereka kepada saya,” katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram