Bapa lemas ketika cuba selamatkan anak mental di Taman Tasik Metropolitan Kepong


  • 112
  • Rabu, 07 Jun 2023

Saksi kejadian itu memaklumkan melihat bapa terbabit cuba menyelamatkan anak perempuannya sebelum kedua-duanya turut lemas. — Facebook/SkuadPenyelamatDBKL

DUA mayat ditemui terapung di Taman Tasik Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur pada Rabu merupakan pasangan bapa dan anak perempuan, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, dalam kejadian terbabit, saksi melihat bapa berusia 72 tahun itu cuba menyelamatkan anak perempuannya, 30, sebelum kedua-duanya turut lemas.

“Terdapat saksi cuba membantu bapa tersebut keluar dari air tetapi panggilan mereka tidak diendahkan dan dia terus berenang ke tengah tasik sehingga dia sendiri lemas,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Sukarno menambah, pihak polis masih tidak dapat memastikan sama ada kejadian itu berlaku kerana wanita itu terjatuh atau disebabkan mangsa cuba berenang ke dalam air.

lemas2

Polis masih sedang menyiasat punca sebenar menyebabkan berlakunya kejadian tersebut. — Facebook/SkuadPenyelamatDBKL

Katanya, siasatan masih dijalankan dan difahamkan wanita itu mengalami masalah kesihatan mental.

Saksi diminta menghubungi bilik gerakan Polis Sentul di talian 03-4048 2206 atau pegawai penyiasat Sarjan Najib Endut di talian 03-6274 2222.

Mereka yang mengalami masalah atau berhadapan isu kesihatan mental boleh menghubungi: Perkhidmatan Sokongan Psikososial Kesihatan Mental (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999 atau WhatsApp 019-261 5999); Pusat jagaan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim (WhatsApp 011-1959 8214); dan Befrienders Kuala Lumpur (03-7627 2929 atau www.befrienders.org.my/centre-in-malaysia senarai penuh nombor dan waktu operasi). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram