'Lady' temukan budak lelaki 8 tahun lemas di Sungai Bernam


  • 112
  • Selasa, 06 Jun 2023

Pasukan SAR pada Selasa menemui mayat dipercayai kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Bernam sejak Sabtu lalu. — Bernama

MAYAT kanak-kanak lelaki dipercayai kanak-kanak berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Bernam berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim, Perak, Sabtu lepas, ditemukan tengah hari Selasa.

Ketua Polis Daerah Muallim, Supritendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, mayat itu ditemukan dalam keadaan terapung oleh seekor anjing pengesan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR).

"Kira-kira pukul 12.35 tengah hari satu mayat ditemui dengan bantuan anjing pengesan bernama Lady jenis Labrador. Mayat ditemui berpakaian lengkap.

"Hari ini pasukan penyelamat menumpukan teknik carian di permukaan air dan kita menemui mayat dengan jarak kira-kira 7.3 kilometer dari lokasi kejadian, manakala mangsa ditemui tersangkut dekat pokok di dalam air," katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian pada Selasa.

Katanya, mayat itu dibawa ke Hospital Slim River bagi proses pengecaman oleh waris mangsa. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram