[VIDEO] 'Kau jangan menjawab', lelaki biadab tunjal kepala wanita cuba 'potong Q' di Jalan Tapah-Cameron Highlands


  • Tular
  • Selasa, 06 Jun 2023

Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki bertindak menolak kepala pemandu perempuan yang cuba memotong keretanya ketika menuruni Cameron Highland di Jalan Tapah - Cameron-Highlands

AKIBAT terlalu marah, seorang lelaki bertindak menolak kepala seorang wanita yang didakwa cuba memotong laluan kenderaan ketika menuruni Cameron Highlands, Pahang di Jalan Tapah - Cameron Highlands baru-baru ini.

Kejadian tersebut dirakam oleh penumpang kereta yang dipandu wanita berkenaan memaparkan seorang lelaki datang kepadanya dalam keadaan marah selepas cubaan memotong kenderaan tersebut gagal.

Video tular berdurasi 59 saat itu turut memaparkan wanita yang juga pemandu itu cuba menjelaskan situasi berkenaan, namun dimarahi lelaki terbabit sebelum bertindak menolak mangsa.

"Kau jangan nak menjawab dengan aku, kau main dengan nyawa orang tahu.

"Kau nak kenal aku siapa? Kau nak kenal tak," kata lelaki tersebut sebelum meninggalkan kereta tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, warganet turut berang dengan tindakan kasar lelaki berkenaan terhadap wanita tersebut sehingga menggunakan kekasaran fizikal.

"Fuh, mendidih darah aku. Kalau kena kat family aku macam ini. Memang tangan jalan dulu baru mulut kalau dapat.

"Tak tau la apa yang nak dimarah sangat. Macam dia yang tak pernah buat silap dalam dunia ini," kata Hamdan Sahar.

"Elok sesiapa cari budak jantan ini, action dgn perempuan sahaja, elok report polis sahaja sebab dah sentuh tubuh badan seseorang. Biar polis sahaja yang kenal dia," kata Aziz Ghani.

Sementara itu, masih belum ada sebarang kenyataan daripada pihak polis berhubung insiden tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram