Budak tersangkut 20 minit selepas punggung tercucuk besi pagar sedalam 5cm di Sungai Besar


  • 112
  • Isnin, 05 Jun 2023

Menuru Wan Md, mangsa berjaya diangkat oleh pihak bomba dan dihantar dengan ambulans ke hospital Sabak Bernam, Selangor. — Bomba

SEORANG budak lelaki berusia 12 tahun berdepan nasib malang menyakitkan selepas punggungnya tercucuk besi pagar sedalam 5 sentimeter (cm) ketika berada bermain di rumahnya di Taman Seri, Sungai Besar, Selangor pada Isnin.

Timbalan Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.25 petang mengenai insiden tersebut.

Katanya, kanak-kanak tersebut tersangkut di besi pagar berkenaan lebih kurang 20 minit sebelum diselamatkan pihak bomba yang tiba di lokasi pada pukul 6.38 petang.

"Kejadian disedari oleh jiran kerana mak mangsa tiada di rumah," katanya dalam satu kenyataan.

cucuk1

Anggota bomba dan petugas kesihatan membantu memasukkan mangsa ke dalam ambulan bagi dihantar ke hospital. — Bomba

Wan Md berkata, mangsa berjaya diangkat oleh pihak bomba dan dihantar ke hospital Sabak Bernam, Selangor dengan menaiki ambulans.

Dalam pada itu, beliau berkata, hasil maklumat diperolehi daripada jiran mangsa, kanak-kanak malang itu sebelum ini dikatakan sering bermain di atas pagar terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram