Wanita diabai suami nekad balik kampung, rela dukung anak jalan kaki lebih 4 jam redah laluan tepi hutan di Gambang


  • Tular
  • Khamis, 25 Mei 2023

Tangkap layar video memaparkan nasib wanita itu yang terpaksa berjalan kaki dengan jarak sejauh lebih empat jam untuk pulang ke rumah keluarga selepas diabaikan suami.

SELEPAS diabaikan suami selama seminggu, seorang wanita nekad untuk berjalan kaki dengan mendukung anaknya meredah jalan dikelilingi hutan dekat Gambang, Pahang semata-mata mahu pulang ke rumah keluarga.

Kisah sedih itu tular baru-baru ini selepas seorang pengguna TikTok, noorjanahibrahim, berkongsikan video memaparkan insiden dirinya yang menemui wanita tersebut ketika dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang.

"Masa dalam perjalanan balik dari kampung di Kuantan, saja ikut jalan lama. Tiba-tiba jumpa orang dukung anak. Kami dah terlajak tapi minta suami patah balik juga sebab tak sampai hati tengok ibu dukung anak.

"Kiri kanan hutan masa ni dekat Gambang. Masa ajak dia naik, dia tengah bercucuran air mata nangis. Dia pun tak menolak naik kereta sebab penat sangat," tulis pemilik video tersebut

Menurutnya, selepas disoal siasat, wanita tersebut rupa-rupanya sudah pun berjalan selama dua jam dari Gambang untuk ke Paya Bungor, Pahang yang dipercayai memakan masa sekurang-kurangnya empat jam.

"Bila tanya suami mana, dia kata dah seminggu suami dia tak pedulikan dia. Jadi dia nekad balik rumah mak dia jalan kaki," ujar pemilik video itu lagi yang turut membantu bagi menghantar berkenaan pulang sehingga ke kampungnya dengan menaiki kereta.

Dalam insiden tersebut, wanita itu dilihat berjalan sehelai sepinggang dan hanya membawa satu beg galas.

Dalam pada itu, rata-rata warganet melahirkan rasa simpati mereka terhadap nasib menimpa wanita tersebut di samping turut kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab suaminya.

"Kesian gila, sudah la jalan Gambang ni gelap sangat. Rasanya OA (Orang Asli) sebab kebanyakan dekat situ Orang Asli. Tergamak betul laki dia," ujar lishroseee.

"Jantan macam ni I harap tempat dia dekat neraka jahanam," tulis tulip_loverrr.

"Ya ALLAH kesian dia. Kenapa ramai sangat suami suka abaikan anak isteri. Mana tanggungjawab anda," kata Zaims4. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

tular, isteri, suami, pengabaian, anak, Gambang, Pahang