MENURUT Islam, seorang isteri berhak mendapat keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada suami apabila termeterainya akad pernikahan yang sah.
Malah hak ini terpakai walaupun si suami bercerai dengan isterinya, dengan perlu menyediakan perbelanjaan hariannya, keperluan anak-anak, pakaian dan tempat tinggal.
Namun ada juga sesetengah suami mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri.
Penceramah bebas, Ustaz Mohammad Wadi Annuar bin Ayyub dalam petikan satu daripada ceramahnya berkata, adalah berdosa jika suami mengabaikan tanggungjawab itu.
Hujah Wadi Anuar dibuktikan dari Sabda Nabi SAW, daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Cukuplah seorang lelaki itu dikira berdosa apabila dia mengabaikan tanggungjawabnya ke atas sesiapa yang berada di bawah penjagaannya.” (Riwayat Abu Daud - 1692)
"Berdosa si suami jika dia mengabaikan tanggungjawab (nafkah) kepada si isteri untuk satu hari dan jika dalam masa satu hari ada dua kali makan, jadi si suami akan mendapat dua kali dosa. Jika ada anak-anak, maka akan berganda dosa yang ditanggung suami," jelas Wadi Anuar.
Penceramah bebas itu juga berkata walaupun si suami itu orang agama ataupun mengajar Al-Quran, maka rugilah keadaaan diri dia yang membuat pekerjaan baik tapi abaikan tanggungjawab terhadap isteri.
Katanya berkata salah juga si suami jika isterinya bekerja tapi dia membahagikan tanggungjawab dengan isteri seperti membahagi bil utiliti.
Namun, jika situasi sebaliknya iaitu si suami mampu untuk menanggung isterinya iaitu dengan menyuruh isterinya supaya tidak bekerja dan hanya lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri, maka si isteri wajib taat kepada suami.
"Suami kata duduk rumah, jaga anak-anak, besarkan anak-anak, bagi makan makanan yang bersih, halal, tidak syubhah, maka si isteri wajib taat, janganlah lawan lagi.
"Kalau si suami itu mampu untuk hidup sederhana seperti ada kelengkapan rumah yang secukupnya dan makan pun tiga hingga empat kali sehari tapi dia tak mampu nak mewahkan pasangannya, maka wahai si isteri ingatlah bahawa kempat-empat ketua wanita syurga, semuanya suri rumah," katanya dalam video di laman Facebook Koleksi Tazkirah dan Ceramah Agama. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram