[VIDEO] Tular remaja ditumbuk, diterajang sekumpulan pelajar berbaju sukan sekolah di Gombak


  • Tular
  • Khamis, 11 Mei 2023

Tangkap layar video tular pada Khamis yang memaparkan dilakukan dipercayai sekumpulan pelajar sekolah menengah membelasah seorang remaja.

TULAR satu video memaparkan seorang remaja lelaki dibelasah sekumpulan pelajar sekolah di satu kawasan yang tidak dapat dikenal pasti.

Beberapa klip rakaman kejadian tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Instagram, _maisarahmazlan pada Khamis.

Menerusi komen warganet, insiden berkenaan didakwa membabitkan pelajar sebuah sekolah menengah taman perumahan dalam kawasan Gombak, Selangor.

Berdasarkan video dikongsikan itu, murid yang dibelasah dan memakai baju sukan berwarna kelabu itu pada awalnya dilihat bertumbuk dengan seorang pelajar yang tidak memakai baju sambil disaksikan sekumpulan pelajar lain.

Namun begitu, beberapa pelajar lain yang dipaparkan memakai baju sukan berwarna biru kemudiannya ikut serta membelasah remaja berkenaan sehingga menyebabkan dia terbaring.

Dalam keadaan tersebut, kumpulan pelajar itu didapati terus memukul remaja tersebut berulang kali termasuk menumbuk dan menendangnya di badan serta kepala.

Terdapat juga antara kumpulan tersebut yang dilihat memakai pakaian seragam kemeja sekolah menengah.

Waktu kejadian tersebut bagaimanapun tidak dapat dipastikan dengan belum sebarang kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa setakat laporan ini ditulis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

pelajar, gaduh, buli, tular, gaduh berkumpulan