Rupanya ada plot twist di sebalik lelaki tibai peniaga ayam panggang di Kota Samarahan


  • Tular
  • Isnin, 08 Mei 2023

Pemilik ayam panggang berkata, insiden pergaduhan itu hanya drama semata-mata dan dirancang sebagai strategi pemasaran.

PENIAGA ayam panggang di Kota Samarahan, Sarawak yang didakwa dipukul rakan kongsi pada Ahad tampil menafikan perkara tersebut.

Pemilik perniagaan tersebut yang dikenali sebagai Noriswandi berkata, mereka bukan bergaduh tetapi kejadian itu hanya dirancang sebagai strategi pemasaran (marketing strategy).

"Pada waktu kejadian, kami hanya membuat content untuk media sosial. Dua individu yang kelihatan bergaduh itu merupakan pekerja dan kawan baik.

"Nama pun content, haruslah ada drama dan mungkin ada salah faham ketika itu," katanya pada Majoriti.

Tambahnya lagi, dia berharap agar orang awam yang melihat video tular tersebut tidak membuat sebarang spekulasi.

"Tadi saya baca komen-komen di Majoriti dan agak terkesan dengan dakwaan sampai mengaibkan diri saya. Saya tidaklah akan melakukan perkara yang melampui batas sehingga merosakkan periuk nasi saya sendiri.

"Saya ulangi ini content untuk marketing strategy sahaja. Boleh datang ke gerai saya sendiri yang terlintak di Samarindah, Kota Samarahan. Saya jamu anda dengan ayam panggang terbaik kami.

"Kalau boleh saya pun tak nak benda ini berpanjangan lagi sehingga menimbulkan salah faham," katanya memperjelaskan situasi sebenar.

Terdahulu, Majoriti melaporkan kawasan tumpuan orang awam membeli ayam panggang di Kota Samarahan, Sarawak pada Ahad kecoh apabila beberapa peniaga bergaduh sesama sendiri.

Kejadian itu tular di aplikasi WhatsApp dan media sosial apabila orang awam merakam kejadian memuat naik video tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram