KEMEGAHAN kerlipan lampu pada dada-dada skrin, papan animasi serta fasad bangunan, jelas mengangkat reputasi Kuala Lumpur sebagai salah sebuah bandar raya paling dinamik di Asia.
Dikenali sebagai peneraju di dalam industri pencahayaan negara, sejak beberapa tahun kebelakangan ini TS Glow telah berjaya merubah lanskap Kuala Lumpur sehingga meraih perhatian masyarakat antarabangsa.
TS Glow juga bergelar anak syarikat kepada syarikat hartanah, TSLAW Land. Antara projek pembangunannya yang paling prominen adalah barisan apartmen mewah Skyline KL yang tersergam megah di sepanjang Jalan Pudu.
Bermula dengan menara TS Law sendiri yang diperlengkap dengan fasad LED berskrin penuh empat penjuru, struktur berkenaan kerap kali mencuri perhatian awam dengan paparan animasi-animasinya yang silih berganti. TS Glow tidak hanya memiliki kepakaran di dalam pencahayaan dalaman dan luaran, tetapi turut mendahului di dalam teknologi panel-panel LED selain 3D Projection Mapping.
Pencahayaan daripada TS Glow membuatkan hotel bertaraf lima bintang, Wyndham Acmar Klang terlihat lebih memukau pada waktu malam.
Sudah lebih 35 tahun di dalam industri pencahayaan, kini TS Glow turut menyumbangkan kepakarannya dalam ‘menyalakan’ beberapa lagi mercu tanda penting di sekitar kota dan antara projek mega seterusnya adalah salah satu dari struktur tertinggi di dunia iaitu TRX.
Projek-projek gergasi tersebut menerima bekalan lampu LED daripada JOM Lightings yang menjadi jenama kepada produk-produk pencahayaan yang ditawarkan oleh TS Glow.
Arte Mont Kiara di Kuala Lumpur juga sebahagian daripada projek TS Glow.
Mendalami dengan lebih lanjut mengenai bisnes pencahayaan dan bagaimana TS Glow muncul sebagai pendahulu di dalam industri berkenaan, Majoriti 7 menemu bual Joanna Zheng yang mewakili JOM Lightings bersama Adrian Kwa, Pengurus Besar Kumpulan TS Law Group.
Apakah jenis produk pencahayaan yang ditawarkan oleh TS Glow?
Ada empat kategori kesemuanya. Pertama untuk kegunaan dalaman (indoor) seperti hotel, kelab, apartmen dan lain-lain. Kegunaan luaran (outdoor) pula bagi menerangi jalan-jalan raya, jambatan, terowong serta dinding bangunan. Kemudian kami ada menawarkan paparan skrin LED dan akhir sekali kami turut menyediakan 3D Autostereoscopy.
Pencapaian paling mengagumkan TS Glow setakat ini?
Kami cukup bangga dengan projek pencahayaan utama, TS Law Tower di mana ia adalah satu-satunya mercu tanda di dalam Kuala Lumpur yang memiliki teknologi iluminasi 360 darjah di sekeliling fasadnya. Keberadaannya menarik perhatian ramai, seterusnya menjadikan menara ini lokasi popular di kalangan pempengaruh.
Menara TSLAW yang tersergam indah di ibu kota.
Pendapat mengenai potensi untuk mengembangkan penggunaan LED bagi papan animasi serta struktur seni bina sekitar Kuala Lumpur?
Kuala Lumpur memang terkenal sebagai kota pelancongan. Saban tahun, Kuala Lumpur menerima lebih 12.3 juta pelancong luar, melangkaui jumlah yang dicatatkan oleh lain-lain bandar raya utama seperti Beijing, Rome, Taipei dan Shanghai.
Ibu kota kita turut diiktiraf sebagai yang kesepuluh paling menarik untuk dilawati. Dengan kepelbagaian mercu tanda masyhur seperti Menara Berkembar Petronas, ini membuka peluang kepada bisnes pencahayaan TS Glow untuk terus berkembang sambil menambah baik lanskap Kuala Lumpur yang sedia ada.
TS Glow membantu menyerlahkan lagi Xieman Univesity Malaysia.
Aspek estetika dalam perancangan bandar juga amat penting. TS Glow melihatnya sebagai salah satu peluang untuk menaik taraf lokasi-lokasi tarikan ini menerusi sensasi iluminasi LED. Lebih-lebih lagi bagi aktiviti pelancongan di waktu malam, kami yakin dapat menyerlahkan lagi sisi sejarah serta sosio-budaya setempat menerusi kepakaran TS Glow dalam teknologi penca hayaan terbaharu.
Kita perlu mencipta sebuah pengalaman yang mengujakan buat pelancong agar mereka dapat merasai keasyikan persembahan iluminasi menerusi rangkaian lampu LED yang komprehensif. Misalnya permainan lampu oleh bangunan-bangunan di Dubai yang begitu ditunggu-tunggu sebaik malam menjelma.
Warna-warni di Pintu Seremban juga mendapat sentuhan TS Glow.
Inisiatif ini juga pastinya memberi impak positif kepada para peniaga yang ingin terus beroperasi hingga ke malam hari. Suasana malam yang dijana oleh kerlipan lampu-lampu LED menjanjikan aura kota raya yang penuh bertenaga, lantas mencipta keterujaan di kalangan pelawat serta pelancong.
Bagaimanakah dengan potensi papan animasi LED di dalam industri teknologi dan kebudayaan?
Merujuk kepada data terkini, semakin ramai mulai setuju yang pengiklanan menerusi Outdoor LED Billboards atau papan layar LED mencipta impak yang lebih signifikan. Hebahan iklan secara animasi kini lebih meluas, maka sasaran jualan juga lebih tinggi.
Dengan inovasi teknologi hari ini, Outdoor LED Billboards mampu menyiarkan animasi 3D dengan paparan gambaran produk secara 360 darjah. Sensasi pengalaman secara visual ini nyata mencipta sebuah hubungan dinamik yang lebih akrab antara konsumer dan peniaga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,