[VIDEO] ‘Nak beraya tapi taktau open house mana’, kecoh tapir sesat di Kuala Klawang


  • Tular
  • Sabtu, 29 Apr 2023

Tangkap layar sebuah video memaparkan seekor tapir berlari di tengah jalan di Kuala Klawang pada Jumaat.

SUASANA malam yang tenang di Pekan Kuala Klawang, Negeri Sembilan bertukar kecoh apabila seekor tapir dipercayai sesat pada Jumaat.

Kejadian tersebut dirakam oleh pengunjung di lokasi tersebut dan kemudiannya tular di media sosial.

Video pendek berdurasi 13 saat itu memaparkan tapir tersebut lari ke tengah jalan setelah ditemui pengunjung di kawasan tersebut.

Klip video tersebut turut menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang terkejut dengan penampakan haiwan berkenaan di luar habitat asalnya.

"Depa (dia) pun nak beraya juga," kata pengguna Instagram @maziahnoir.

"Cari open house kot tapi tak tahu kat mana. Lupa nak share location," kata Penduduk Mambau.

"Tadi gajah rempuh pagar, ini tapir pula, lepas ini apa," kata pengguna Instagram lain @nrhmizhstpa_.

Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berhubung perkara itu setakat ini, manakala nasib haiwan itu juga belum dapat dipastikan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram