Cukai emas boleh jejas pelaburan B40, M40


  • Massa
  • Jumaat, 28 Apr 2023

Mohamad Shaifudeen berkata, emas tidak setara dengan barangan mewah lain seperti kapal layar, kereta mahal.

KEBIMBANGAN berhubung kemungkinan pelaksanaan cukai terhadap pembelian emas mula timbul ketika kerajaan kini sedang memperhalusi langkahnya untuk memperkenalkan cukai barangan mewah.

Tukang emas dan pemain industri barangan kemas beberapa kali melakukan libat urus dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mengenai cukai diumumkan kerajaan itu.

Menurut mereka, langkah mengenakan cukai ke atas barangan kemas emas adalah tidak betul dan menambah jongkong emas tidak seharusnya dimasukkan dalam pelaksanaan tersebut kerana ia merupakan 'instrumen pelaburan" untuk rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif, SMS Deen Jewellers, Mohamad Shaifudeen Mohamed Sirajudeen berkata, emas tidak setara dengan barangan mewah lain seperti kapal layar dan kereta mewah.

“Mengenakan cukai ke atas emas bermakna kita menghalang kumpulan B40 dan M40 daripada sebarang bentuk pelaburan.

“Dengan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sudah digunakan semasa pandemik, wajar untuk mengatakan emas satu-satunya pelaburan mereka lakukan secara mendalam kerana keupayaannya untuk dijual semula atau digadai.

“Harga emas telah naik 25 peratus semasa pandemik. Jadi barangan logam berharga ini memberikan impak baik untuk kebanyakan keluarga biasa bagi terus bertahan.

“Ia menunjukkan kepada kita bahawa sesuatu bernilai tinggi mungkin bukan kemewahan. Emas adalah instrumen biasa bagi lelaki di jalanan untuk melabur buat masa depan. Ia tidak sepatutnya dikenakan cukai,” katanya kepada The Star.

Customers is seen buying the gold at SMS Deen Jewellers in Jalan Masjid India on April 12 for story on gold and luxury items tax.—AZMAN GHANI/The Star

Menurut Mohamad Shaifudeen, langkah mengenakan cukai ke atas emas bermakna kita menghalang kumpulan B40 dan M40 daripada sebarang bentuk pelaburan.

Pada 24 Februari lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan cukai barangan mewah untuk barangan tertentu seperti jam tangan dan barangan fesyen, sebagai sebahagian daripada usaha menangani isu kenaikan kos sara hidup.

Susulan daripada itu, itu ia menimbulkan kebimbangan sesetengah pihak termasuk pemain pelancongan meliputi pelbagai industri yang melahirkan kebimbangan potensinya untuk melumpuhkan daya tarikan negara sebagai pusat membeli-belah buat pelancong.

Mohamad Shaifudeen berkata, emas 916 (emas 22K) digunakan sebagai produk barang kemas, manakala jongkong emas atau emas 999 (emas 24K) pula sebagai salah satu bentuk pelaburan.

Untuk "simpanan nilai", beliau berkata rakyat, Malaysia sentiasa menggunakan emas semasa tempoh sukar untuk membayar perbelanjaan perubatan, pendidikan anak-anak, modal perniagaan dan pengagihan kekayaan dalam kalangan ahli keluarga.

Walaupun jongkong emas secara amnya merujuk kepada jongkong emas 1 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM280,000, beliau berkata, ia juga tersedia untuk 1g supaya sesiapa sahaja boleh bermula dari jumlah kecil untuk menyimpan emas.

Penasihat Persatuan Tukang Emas dan Barangan Kemas Malaysia, Datuk Ng Yih Pyng berkata, tidak seperti batu permata, sebaran nilai emas bagi harga jualan daripada peniaga dan ketika pembelian semula tidak begitu tinggi.

Beliau yang merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Tomei Consolidated Bhd berkata, kebanyakan negara tidak mengenakan cukai ke atas barang kemas emas dan jongkong emas.

Manakala sesetengah negara menurutnya mungkin mengenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas barang kemas, yang mana ia boleh dituntut oleh pelancong.

Beliau turut berkongsi bahawa lebih 90 peratus transaksi di cawangan Tomei tidak melebihi RM10,000, dengan kebanyakan pengguna membeli emas untuk kegunaan sendiri atau pelaburan.

A worker polishes gold bullion bars at the ABC Refinery in Sydney on August 5, 2020. - Gold prices hit 2,000 USD an ounce on markets for the first time on August 4, the latest surge in a commodity seen as a refuge amid economic uncertainty. (Photo by DAVID GRAY / AFP)

Jongkong emas atau emas 999 (emas 24K) digunakan sebagai sebagai salah satu bentuk pelaburan.

Dalam pada itu, Yih Pyng berkata, mengenakan cukai bagi pembelian emas akan menyaksikan aliran keluar wang negara, kerana sesetengah orang mungkin memilih untuk membelinya di luar negara.

“Bagi kebanyakan keluarga di Asia, sudah menjadi amalan tradisi membeli barang kemas emas hiasan sebagai satu bentuk simpanan yang tidak susut nilainya.

"Orang kaya mungkin melabur dalam jongkong emas manakala yang lain membeli emas apabila mereka mampu,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Tukang Emas dan Barang Kemas India Malaysia, Datuk Abdul Rasul Abdul Razak berkata, cukai terhadap produk emas bakal menjejaskan peniaga kecil emas dan barangan kemas kerana M40 dan B40 akan kehilangan kuasa beli mereka.

Walaupun cukai yang rendah dikenakan ke atas barangan tersebut, ia juga akan memberi kesan kepada keseluruhan rantaian industri emas. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram