Anwar sempat luang masa ziarah artis veteran Rohana Jalil yang kini berada di ICU


  • Primer
  • Isnin, 24 Apr 2023

Anwar (kiri) ketika menziarahi Rohana (kanan) di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM, pada Jumaat lalu. — Facebook/AnwarIbrahim

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi penyanyi era 80-an Rohana Jalil yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada Jumaat lepas.

Anwar menerusi catatan di Facebook pada Ahad memaklumkan Rohana mengalami kebocoran usus dan tahap kesihatannya masih dipantau pasukan perubatan.

Perdana Menteri turut mengambil peluang menziarahi Adzis Ismail, rakan beliau sewaktu menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang sedang menjalani dialisis akibat masalah kesihatan yang dialami, di hospital sama.

anwar 1

Anwar (kanan) ketika menziarahi rakan zaman persekolahannya di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM, pada Jumaat lalu. — Facebook/AnwarIbrahim

"Saya mendoakan kedua-dua mereka dikurniakan aafiyah (kesihatan), insya-ALLAH,” kata Anwar.

Media sebelum ini melaporkan Rohana atau nama sebenarnya Dara Abd Jalil, 68, dimasukkan ke hospital itu pada Selasa, sebelum selamat menjalani pembedahan pada keesokannya bagi merawat kebocoran pada usus.

Difahamkan ibu kepada pelakon Kilafairy itu sudah dipindahkan ke unit dependensi tinggi (HDU) hari ini dengan pemantauan rapi doktor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Anwar Ibrahim, ziarah, Rohana Jalil, ICU, MCKK