[VIDEO] Berang tunggu lama, 'abang payung' kecoh nasi lemak Sangeetha habis terjual


  • Tular
  • Sabtu, 22 Apr 2023

Tangkap layar orang ramai beratur panjang untuk membeli nasi lemak Sangeetha.

PENJUAL nasi lemak, Sangeetha yang tular baru-baru ini berdepan detik kurang menyenangkan selepas pelanggannya dipercayai tidak begitu berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Melalui video tular dimuat naik di TikTok, @nava_panther pada Jumaat memaparkan seorang lelaki menjerit ke arah wanita tersebut.

"Sangeetha hanya boleh memasak untuk 300 hingga 400 sehari tetapi orang ramai yang beratur lebih daripada 600 orang. Sudah tentu nasi lemaknya sudah habis.

"Nak tunggu sampai dua jam okay, jangan sampai empat hingga lima jam. Saya harap dia akan membuka sebuah restoran buat pelanggannya suatu hari nanti," tulisnya.

Melalui video berdurasi 15 saat itu, kelihatan orang ramai beratur untuk membeli nasi lemak Sangeetha.

Video berkenaan juga memaparkan seorang lelaki memegang payung dilihat menjerit ke arahnya kerana dipercayai berang terpaksa menunggu lama.

Bagi menenangkan situasi, Sangeetha terpaksa berdiri di atas kerusi bagi menenangkan situasi yang berlaku.

Terdahulu, Sangeetha membuka gerai nasi lemak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur menjadi popular selepas video gerainya ditularkan oleh media tempatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram