'Kantoi' terima rasuah urus visa dan pelancong masuk ke Malaysia, pegawai penguat kuasa Kedutaan Malaysia di Bangladesh dicekup SPRM


  • 112
  • Khamis, 20 Apr 2023

Azam mengesahkan tangkapan SPRM terhadap dua pegawai agensi penguat kuasa yang bertugas di Kedutaan Malaysia di Bangladesh kerana disyaki menerima rasuah untuk pengeluaran Visa Luar Negara dan kemasukan pelancong serta pekerja Bangladesh ke negara ini

GARA-GARA disyaki menerima rasuah untuk pengeluaran Visa Luar Negara dan kemasukan pelancong serta pekerja Bangladesh ke negara ini, dua pegawai agensi penguat kuasa yang bertugas di Kedutaan Malaysia di Bangladesh ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan, kedua-duanya suspek direman tiga hari bermula Selasa sehingga Khamis.

Menurut sumber, penyiasat rasuah turut menemui 'urus niaga yang mencurigakan' melibatkan akaun milik kedua-dua suspek terbabit

"Inilah sebabnya mereka diarah pulang ke Malaysia supaya mereka boleh menjelaskan perkara ini," katanya.

Dia turut memaklumkan lebih 20 akaun yang disyaki terlibat dalam kegiatan tersebut turut dibekukan.

"Sehingga kini, aset yang dianggarkan bernilai RM3.1 juta telah dirampas. Selain akaun tersebut, lapan bidang tanah telah disita berhubung kes itu," katanya.

Bagaimanapun keputusan untuk membebaskan kedua-dua suspek terbabit selepas tamat tempoh reman pada Khamis masih belum diketahui.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan berlakunya perkara tersebut.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan akan dilakukan berdasarkan kes terbabit.

Azam berkata, SPRM sedang mengesan lokasi Siti Liyana Sajikan, 31, bagi membantu siasatan pada alamat terakhir diterima pihaknya di No. 51, Jalan Hajah Jamrah di Kampung Seri Desa, 86100 Ayer Hitam, Johor.

Mereka yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Jayaraj Rajan di talian 016-6371082. — The Star.

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram