SEORANG lagi pegawai Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pegawai yang dipercayai memegang jawatan Setiausaha Sulit itu ditahan pada awal pagi Jumaat ketika dia dipanggil oleh agensi anti rasuah itu untuk direkodkan keterangan.
Perintah reman turut diperolehi selama empat hari sehingga 17 April ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan mengenai penahanan itu.
Ia merupakan tangkapan kedua melibatkan pegawai Sivakumar pada minggu ini.
Pada Rabu lalu, salah seorang pembantunya bersama seorang ahli perniagaan telah ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Kedua-dua individu terbabit kemudiannya direman selama enam hari.
Beberapa penahanan itu dilakukan dipercayai membabitkan siasatan rasuah terhadap kes melibatkan pengambilan pekerja asing. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram