DUA kawasan melibatkan Cheras, Kuala Lumpur dan dan Seberang Jaya, Pulau Pinang kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 12 tengah hari pada Isnin.
Menerusi laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kadar IPU di Cheras mencatatkan bacaan 152, manakala Seberang Jaya pula sebanyak 138.
Menurutu APIMS, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.
Selain itu, sebanyak 64 stesen mencatatkan bacaan sederhana, dengan Segamat, Johor merekodkan angka tertinggi iaitu 98, diikuti dengan Minden (96) dan Seberang Perai, Pulau Pinang (94) serta Kota Bharu di Kelantan; Langkawi dan Alor Setar, Kedah masing-masing (93).
Di samping itu, Kangar, Perlis terus mencatatkan bacaan sebanyak 92, manakala Sungai Petani, Kedah dan Kuala Terengganu (89), Seri Manjung, Perak (88) dan Tanah Merah, Kelantan (86). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram