Dana peruntukan ahli Parlimen sudah diluluskan, PM minta pembangkang berunding


  • Primer
  • Selasa, 04 Apr 2023

Anwar berkata, perbincangan itu perlu dilakukan bagi menentukan parameter yang boleh dipersetujui antara Kerajaan dan Pembangkang.

KEDUA-dua blok di Dewan Rakyat perlu mengadakan perbincangan mengenai penetapan parameter bagi peruntukan kawasan masing-masing, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dana peruntukan bagi kawasan Parlimen sudah pun diluluskan.

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, beliau sudah memanggil ketua whip daripada kedua-dua blok untuk memulakan perbincangan mengenai perkara berkenaan dan mengulangi pendiriannya yang secara dasar bersetuju memberikan peruntukan sama rata kepada Ahli Parlimen Pembangkang.

“Kelulusan (untuk dana) telah diberikan, hanya rundingan diperlukan daripada Pembangkang tentang parameter. Apa masalahnya?

“Kami tidak meminta peraturan yang ketat. Kita hanya perlukan parameter yang diluluskan untuk dibincangkan antara Kerajaan dan Pembangkang.

KUALA LUMPUR, 4 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika  Sesi Soal Jawab Perdana Menteri pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini.Hari ini, Anwar menjawab persoalan berkaitan produk cecair bagi kegunaan alat rokok elektronik atau vape serta perkhidmatan pegawai perubatan secara lantikan kontrak pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen pada Selasa.

“Pada dasarnya, kami bersetuju (dengan peruntukan yang sama). Jika anda mahukan wang, berunding; jika tidak maka tunggulah,” katanya ketika memberikan maklum balas terhadap Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertanya mengenai peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang di Dewan Rakyat pada Selasa.

“Hari ini, Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) gembira kerana mereka akan mendapat peruntukan RM800,000 tetapi pembangkang tidak mendapat apa-apa.

"Jika tidak banyak, berikan kami sedikit (peruntukan) kerana kami ingin membeli kurma untuk orang miskin," kata Shahidan semasa Waktu Pertanyaan Perdana Menteri.

Semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2021, kerajaan telah memberikan peruntukan yang sama untuk wakil rakyat daripada kedua-dua blok di bawah Peruntukan Khas Perdana Menteri. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram