Kerajaan bakal pertimbang semula monopoli Touch'n Go — PM


  • Primer
  • Ahad, 19 Mac 2023

Anwar ketika melawat tapak pameran pada Majlis Pameran Memperkasa Belia 2023 di KLCC pada Ahad. — Bernama

KERAJAAN akan mempertimbangkan semula monopoli Touch'n Go dalam pelaksanaan sistem kutipan tol lebuh raya di dalam negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Touch'n Go telah beroperasi selama lebih dua dekad dan tiada perkembangan yang meyakinkan dalam sistemnya.

“Kami akan mempertimbangkan semula monopoli Touch'n Go (sistem kutipan tol lebuh raya),” kata Anwar pada sesi dialog belia di Pameran Memperkasa Belia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Ahad.

Anwar berkata demikian ketika ditanya oleh seorang peserta sama ada beliau bakal meneliti semula sistem kutipan tol lebuh raya yang kini dimonopoli oleh Touch'n Go.

Sebelum ini, terdapat gesaan kumpulan tertentu untuk menamatkan monopoli Touch'n Go terhadap sistem kutipan tol lebuh raya di Malaysia.

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) implementation of its first RFID closed toll system public pilot on private passenger vehicles has been seeing an upward trend as Kedahans and Penangites migrate to this contactless and cashless payment system.

Anwar berkata, Touch'n Go yang sudah beroperasi lebih dua dekad tidak menunjukkan perkembangan meyakinkan dalam sistem dilaksanakan syarikat itu.

Dalam pada itu, antara isu lain dibangkitkan semasa dialog dikendalikan, pelakon Amelia Henderson itu adalah terhadap usaha menambah baik sistem pengangkutan awam dan langkah menghalalkan ganja.

Sesi dialog belia itu berakhir pada pukul 6.30 petang dengan Anwar menuju ke Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur untuk mempengerusikan mesyuarat Pakatan Harapan.

Anwar kemudiannya dijadual mempengerusikan mesyuarat sekretariat Kerajaan Perpaduan di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia KL pada pukul 8 malam Ahad. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram