RFID ada kaitan dengan kepentingan politik?


DAKWAAN Oamr dikaitkan dengan syarikat yang membekalkan sistem RFID iaitu SMTrack.— The Star

PELAKSANAAN pembayaran tol menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang secara berperingkat akan menggantikan kaedah sedia ada mengundang perbincangan hangat rakyat Malaysia.

Diaktifkan di plaza tol lebuh raya Utara-Selatan (PLUS) bermula 15 Januari lalu, ada seglintir pengguna yang mempersoalkan tentang kesediaan RFID yang didakwa mempunyai banyak masalah.

Tidak terkecuali buat pemilik akaun laman sosial Facebook, Omar Mat Noor yang turut membuat dakwaan bahawa pelaksanaan RFID ada kaitan dengan kepentingan politik pihak tertentu.

Kongsinya di grup Isu-Isu Panas Malaysia_Kini, dakwaan tersebut dikaitkan dengan syarikat yang membekalkan sistem berkenaan, SMTrack Sdn Bhd (SMTrack).

rfid politik 2rfid politik 1

Tangkap layar menunjukkan dakwaan Omar.

Katanya antara 'orang kuat' dalam syarikat itu merupakan menantu kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff.

Dakwanya lagi, Saiful Nizam merupakan Pengarah Bebas bukan Eksekutif di SMTrack Sdn. Bhd.

"Sistem RFID yang digunakan oleh PLUS terbahagi kepada dua iaitu hardware dan software serta e-dompet yang berkaitan pembayaran.

"Hardware dan software yang merupakan punca masalah, ia bekalkan oleh syarikat SMTrack yang menjalankan perniagaan berkaitan RFID dengan mereka bentuk, mengaktifkan dan mengedar.

"Pada 26 Julai 2021 berlaku kejutan di bursa saham apabila saham syarikat ini melonjak 50 peratus dari 9.5 sen kepada 12 sen dengan jumlah dagangan melibatkan jumlah dagangan 84 juta unit saham.

"Rupa rupanya pada hari tersebut Saiful Nizam dilantik sebagai Pengarah Bebas bukan Eksekutif yang juga menantu Ahmad Zahid," katanya.

Tulisnya lagi, syarikat berkenaan juga pada masa sama mendapat projek dari Digital National Berhad (DNB) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) dalam 5G Malaysia.

Kongsinya lagi, dalam masa yang sama SMTrack juga di pilih di Malaysia sebagai satu satunya syarikat untuk membuat perancangan, dan memimpin negara dalam teknologi pendigitalan dalam teknologi digital e-wallet melalui telefon bimbit.

"Secara jelas syarikat SMTrack mendapat taraf monopoli dari Kerajaan Malaysia.

"Dalam masa yang sama jutawan hartanah Country Height Holding, Tan Sri Lee Kim Yew pada 29 Disember 2021 mengambil alih 28.5 juta saham dalam SMTrack atau 5.051% pegangan," ujarnya lagi.

Berdasarkan huraian itu, Omar turut menyatakan bahawa pertukaran kepada pembayaran secara RFID yang disifatkan secara drastik dan mengejut merupakan sesuatu yang seolah meragukan.

Majoriti pada masa sama cuba untuk mendapatkan maklum balas pihak berkaitan berhubung perkara ini dan masih menunggu respon daripada mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram