Sunsuria Care akses kesihatan dan penjagaan khas buat warga 'Sunsuria'


  • Bizz
  • Jumaat, 17 Mac 2023

Pengerusi Eksekutif Sunsuria Berhad, Tan Sri Ter Leong Yap (tengah) bersama-sama dengan Doktor Perubatan Kanan Sunsuria Healthcare, Dr Diana Tan (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Sunsuria Berhad Healthcare Audrey Ooi (kanan) memotong reben untuk melancarkan Sunsuria Care Hub di Sepang. — SAMUEL ONG/ The Star

SUNSURIA Berhad (Sunsuria) mengambil inisiatif baharu melancarkan Sunsuria Care yang merupakan platform khusus untuk komuniti Sunsuria.

Sunsuria Care adalah inisiatif pertama yang memberi tumpuan kepada kesihatan dan kesejahteraan komuniti.

Ia bertujuan memberikan akses penjagaan kesihatan yang khusus kepada penduduk petempatan yang dibangunkannya menerusi pelancaran Sunsuria Care Hub.

Dengan adanya Sunsuria Care Hub ini, penduduk dapat akses yang mudah dari rumah untuk bantuan perubatan ketika kecemasan dan keperluan penjagaan profesional untuk ahli keluarga di kediaman anda.

Ketua Pegawai Eksekutif Penjagaan Kesihatan Sunsuria, Audrey Ooi berkata, jika berlaku sebarang insiden kecemasan penduduk boleh segera menghubungi 'Care Hub' untuk mendapatkan bantuan.

"Perkhidmatan yang disediakan hub itu adalah ujian tanda-tanda vital dan bantuan pertolongan kecemasan secara percuma khusus kepada penduduk Sunsuria

"Manakala perkhidmatan penjagaan di rumah serta penyewaan peralatan perubatan pula ditawarkan dengan harga yang minimum," katanya.

file7pc9ucg7fqe19cpi98nt

Doktor Perubatan Kanan Sunsuria Healthcare, Dr Diana Tan (kanan) menerangkan kemudahan penjagaan Sunsuria kepada Pengerusi Eksekutif Sunsuria Berhad Tan Sri Ter Leong Yap dan Ketua Pegawai Eksekutif Sunsuria Berhad Healthcare Audrey Ooi di Sepang. — SAMUEL ONG/ The Star

Tambahnya lagi, tujuan Care Hub ini bagi membantu penduduk menjaga kesihatan keluarga serta memastikan mereka menjalani gaya hidup sihat walaupun sibuk dengan kerja harian.

Care Hub yang disediakan adalah tepat pada masanya dan relevan, dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan di rumah yang mudah dan boleh diakses, penduduk boleh menjaga kesejahteraan keluarga mereka walapun sibuk bekerja, sekali gus mencapai keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan.

"Ia juga untuk memastikan penduduk dapat menjalani gaya hidup sihat dan menggalakkan kesejahteraan dalam kehidupan untuk semua peringkat umur bagi mencapai pembangunan mampan," jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Sunsuria, Tan Sri Ter Leong Yap berkata, dia berharap di masa depan Sunsuria dapat mewujudkan pembangunan yang menggabungkan ciri-ciri mesra warga emas serta menerapkan penjagaan kesihatan Sunsuria Care Hub bagi kemudahan penduduk.

"Ciri-ciri ini termasuk bilik rawatan yang lengkap serta bilik perubatan di kawasan umum, kemudahan mesra laluan kerusi roda, lif pengusung, pintu masuk yang luas dan palang pemegang di dalam bilik mandi.

"Kami mahu produk dan perkhidmatan kami menjadi inklusif, mudah diakses dan memenuhi keperluan Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas dan pasangan muda yang sudah berkeluarga.

"Yang pasti kami berharap dapat memperkenalkan lebih banyak inisiatif Sunsuria Care kepada masyarakat di masa akan datang," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram