Labur simpanan antara 5 cara urus KWSP menjelang persaraan


  • Bizz
  • Jumaat, 17 Mac 2023

Sebanyak RM145.5 bilion sudah dikeluarkan daripada akaun ahli ketika pandemik Covid-19.

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 5.35 peratus untuk simpanan konvensional, manakala 4.75 peratus lagi untuk simpanan syariah bagi tahun 2022, dengan jumlah pembayaran sebanyak RM51.14 bilion.

Pembayaran dividen bagi tahun 2022 mungkin lebih rendah berbanding 2021, namun lebih tinggi daripada 2020.

Bagaimanapun, ia masih menunjukkan pulangan simpanan positif buat pencarum KWSP.

Berikut merupakan lima perkara yang boleh anda lakukan untuk menguruskan simpanan dan pulangan KWSP ketika hari persaraan kelak:

1) Nilaikan portfolio pelaburan anda

Pergerakan pasaran turun naik boleh menjadi faktor penyumbang kepada prestasi portfolio pelaburan anda. Membuat penilaian dan mengimbangi semula pelaburan sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan, anda pasti mampu mencaapai matlamat dan objektif kewangan anda.

2) Tambah nilai simpanan KWSP secara sukarela

Difahamkan, sebanyak RM145.5 bilion sudah dikeluarkan daripada akaun ahli bagi keperluan mendesak ketika pandemik Covid-19, sekali gus menyebabkan kemerosotan dalam simpanan median.

Ketika pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan telah membuat pindaan kepada pelepasan cukai pendapatan semasa, yang membolehkan ahli KWSP menikmati pelepasan cukai sehingga RM4,000 untuk caruman KWSP berkanun.

3) Melabur semula sebahagian simpanan KWSP ke dana Global, Serantau dan Domestik

Satu lagi kemungkinan adalah dengan melabur semula sebahagian simpanan KWSP anda melalui I-Invest KWSP menerusi dana unit amanah, Principal Malaysia (Principal) di mana melalui kaedah ini akan berpeluang menikmati lebih 20 dana Global, Serantau dan Domestik yang diluluskan oleh KWSP.

Principal positif terhadap ekuiti Asia yang disokong oleh pemulihan ekonomi China dan pertumbuhan pendapatan di Asia, dijangka lebih kukuh berbanding pasaran maju.

Principal mengesyorkan pemegang strategik adalah Dana Aset Campuran Dinamik Asia Pasifik, Dana Pendapatan Dinamik Asia Pasifik, Asia Titans, Dana Ekuiti Dinamik Asia Pasifik Islam dan Dana Ekuiti Greater China.

4) Terokai pilihan pelaburan alternatif

Anda harus memahami garis masa dengan mengenalpasti risiko dan matlamat pelaburan sebelum memilih sepertii membuat caruman KWSP sukarela dan mempelbagaikan simpanan KWSP melalui i-Invest termasuk melihat pelaburan dalam Dana Skim Persaraan Swasta (PRS). Selain itu, anda boleh menikmati rebat cukai sehingga RM3,000 ke atas caruman PRS sehingga 2025.

5) Semak rancangan persaraan anda

Pelan persaraan anda akan menentukan jumlah simpanan dan pelaburan. Peraturan umum adalah dengan menyemak dan mengimbangi semula sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan atau sekali setiap tiga bulan. Berikut merupakan tiga senario yang boleh anda nilai sebelum mengimbangi semula portfolio anda:

i- Perubahan dalam profil risiko

- Perubahan dalam situasi asas iaitu kecemasan, keadaan pasaran

- Peralihan daripada strategi peruntukan aset

- Mencapai matlamat kewangan

- Mulakan perjalanan pelaburan dengan Principal

Berikut adalah dana yang disyorkan oleh Principal.

1983055

Mulakan pelaburan dengan minimum RM1,000 dan anda akan mendapat ganjaran sehingga RM50 nilai Touch 'n Go eWallet Reload PIN.

Anda boleh menikmati caj jualan 0 peratus (untuk pelaburan menggunakan simpanan KWSP).

Gunakan kod tawaran 'Welcome2023' untuk memperoleh ganjaran semasa melabur. Tawaran sah bermula sekarang hingga 31 Disember 2023 tertakluk mengikut terma dan syarat.

Ketahui lebih lanjut mengenai tawaran di sini: https://bit.ly/3ljevCI The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram