SEORANG pendaki wanita warga emas patah kaki semasa mendaki Gunung Lambak, di Kluang Johor pada Sabtu.
Mangsa, Wong Moi Kiow, 75, mendaki bersama suaminya berusia 80 tahun.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan, Mohd Norhakim Nordin berkata, pasangan warga emas itu melakukan rutin mendaki bukit itu setiap hari.
"Malangnya, ketika mereka berjalan menuruni bukit, wanita itu terjatuh dan menyebabkan kaki kanannya patah.
"Mereka tidak membawa telefon ketika itu, tetapi bersyukur kerana orang yang lalu lalang menemuinya dan membantu menghubungi bomba dan penyelamat," katanya.
Seramai lapan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian. — JBPM Johor
Tambahnya, lapan anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira pukul 8.25 pagi.
"Kami berjaya membawanya menuruni bukit dengan peralatan menyelamat khas sebelum menghantarnya ke hospital dengan kenderaan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
Tambahnya, suami mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Operasi tamat pada pukul 10.42 pagi. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram