Pengerusi CGC lancar buku ‘Seeking a Life Balance’


  • Bizz
  • Sabtu, 11 Mac 2023

Mohammed Hussein menunjukkan buku ‘Seeking a Life Balance’ ketika pelancarannya pada Sabtu.

PENGERUSI Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC), Datuk Mohammed Hussein melancarkan buku ‘Seeking a Life Balance’ di Bangunan CGC, Kelana Jaya, Selangor pada petang Sabtu.

Menggunakan nama pena, Elm Edge, Mohammad berkongsi etika bekerja secara Islam pada buku yang mempunyai 217 halaman itu.

"‘Seeking a Life Balance’ adalah pendokong etika kerja secara Islam berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW untuk meneruskan kehidupan kerja yang seimbang.

"Ia bukan sahaja menyumbang kepada kualiti kerja yang lebih baik, tetapi sebagai sebahagian daripada persiapan untuk akhirat," katanya.

Beliau berkata, isi kandungan buku berkenaan turut mengandungi petikan ayat al-Quran serta ulasan Hadis.

"Saya mendapat ilham untuk menulis selepas melihat iklan seorang lelaki tua mengerjakan sawah padi di tengah panas terik, ketika berada di lapangan terbang di Jakarta (Indonesia) beberapa tahun lalu.

"Adegan itu memaparkan seorang budak bertanya kenapa bekerja keras dalam cuaca begitu, lelaki itu berkata, kerja itu ialah suatu ibadah," katanya.

‘Seeking a Life Balance’ dijual dengan harga RM60 (Paperback) dan RM80 (Hardcover).

Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.seekingalifebalance.com. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram