Pakcik pencuri 2 helai seluar dalam wanita dicekup di PJ


  • 112
  • Rabu, 01 Mac 2023

Polis berjaya menahan suspek yang berusia 44 tahun berdasarkan maklumat yang diberikan mangsa.

POLIS menahan seorang lelaki kerana menceroboh dan mencuri seluar dalam wanita pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu sekitar pukul 6.44 petang pada 23 Februari lalu.

"Berdasarkan maklumat yang diperolehi, polis berjaya menahan suspek yang berusia 44 tahun.

"Polis turut merampas dua helai seluar dalam dipercayai milik mangsa.

"Kes disiasat atas pertuduhan menceroboh dan mencuri.

“Suspek akan direman bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohamad Fakhrudin turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kes itu untuk menghubungi talian hotline polis di talian 03-2052 9999 atau pergi ke balai polis berhampiran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram