
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sumbangan sebanyak RM10 juta kepada Yayasan Restu untuk mengedarkan cetakan segara naskhah al-Quran yang diterjemah dalam bahasa Sweden dan asing di seluruh dunia.
Tindakan itu secara tidak langsung simbolik kepada menjawab serangan golongan Islamofobia yang melakukan perbuatan melampau apabila membakar al-Quran pada Januari lalu.
“Dahulu saya mengumumkan bahasa kita akan mencetak sebanyak sejuta naskhah al-Quran sebagai simbolik penuh hikmah dan matang terhadap kejadian pembakaran kitab suci al-Quran di Sweden baru-baru ini.
“Sumbangan ini juga diharapkan dapat membantu pihak Yayasan Restu membuat edaran segera ke atas 20,000 naskhah terjemahan al-Quran pada kadar segera,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Terdahulu, dunia menentang tindakan pelampau sayap kanan Sweden-Danmark yang membakar al-Quran di Stockholm, Sweden.
Sorotan daripada tindakan itu, ramai pengguna media sosial mengajak rakyat untuk memboikot keluaran produk Sweden. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram