Tengku Zafrul angkat sumpah ahli MKT Umno


  • Politik
  • Khamis, 16 Feb 2023

Tengku Zafrul mengangkat sumpah sebagai ahli MKT Umno, pada Khamis. — Twitter

TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengangkat sumpah sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, pada Khamis.

Pelantikan itu dibuat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Berita itu dikongsikan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam ciapannya di Twitter.

"Mesyuarat MKT Umno malam ini (Khamis) bermula dengan Tengku Zafrul mengangkat sumpah sebagai ahli MKT Umno yang dilantik oleh Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram