"TERPENGARUH dengan TikTok sebab itu ramai menari nampak tergedik-gedik, sedangkan tarian Melayu nampak sopan sahaja".
Itulah reaksi yang diberikan salah seorang pengguna media sosial apabila membalas status Suhaimi Jaafar menegur beberapa individu pendidik yang mengajar murid-murid menari tarian tidak sopan.
"Ini permintaan yang serius, mungkin saya akan dibenci oleh cikgu-cikgu yang trending.
"Saya tak halang cikgu nak ajar murid-murid tarian, tapi tolonglah ajar tarian yang sopan," katanya dalam Facebook.
Suhaimi dalam hantaran itu mempersoal tarian yang diajarkan oleh pendidik sehingga menampakkan ia tidak berfaedah berbanding tarian Melayu itu sendiri.
"Kenapa asal menari mesti ada part kena goyang dada, punggung, tergedik-gedik?
"Tarian itu tak salah, tarian Melayu sopan sahaja nampak, tolonglah jangan didik anak anak benda bukan terkinja-kinja.
Tambahnya lagi, jika warga pendidik nak buat video TikTok yang tidak berfaedah sila buat pada masa yang bukan mengajar.
Tangkap layar Facebook.
Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut bersependapat dengan kenyataan yang dibuat Suhaimi itu.
"Saya sangat setuju, pernah terjadi dekat sekolah tadika anak saya cikgu minta murid-murid buat persembahan nyanyian atau tarian," kata Mohamad Abdullah Fadil.
"Dulu zaman aku sekolah paling kuat pun persembahan koir dengan zapin sahaja, mana ada terkinja-kinja macam sekarang," ujar Maman.
"Dah berbuih bagi nasihat, tapi tak makan saman, mungkin pendidik tak pernah rasa rotan," jelas Azlizan Alias. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram