Rugi cecah jutaan ringgit, 4 kisah Kuantan jadi ‘lubuk’ scammer


  • Massa
  • Rabu, 08 Feb 2023

Jenayah siber menggunakan pelbagai taktik untuk mengumpan mangsa yang sering terpedaya sebelum kerugian jutaan ringgit.

KES penipuan atau kejadian 'scam' secara dalam talian di Malaysia dilihat semakin meningkat sejak penggunaan internet yang lebih meluas oleh orang ramai.

Data menunjukkan sepanjang tahun 2020 hingga Mei 2022 yang lalu, terdapat 71,833 kes jenayah komersial berlaku yang melibatkan kerugian sebanyak RM5.2 billion.

Sebanyak 48,850 kes atau 68 peratus daripada jumlah terbabit adalah jenayah komersial yang membabitkan penipuan dalam talian.

Sebanyak 48,850 kes atau 68 peratus daripada jumlah terbabit adalah jenayah komersial yang membabitkan penipuan dalam talian.

Kemunculan pakar jenayah siber menggunakan pelbagai taktik juga merupakan punca utama melibatkan penipuan perdagangan dalam talian, penipuan jualan, penipuan e-mel perniagaan dan penipuan SMS.

Sejak kebelakangan ini Kuantan antara tempat tumpuan 'scammer' apabila media sering melaporkan kejadian seumpamanya di ibu negeri Pahang itu.

Berikut merupakan empat kes penipuan dalam talian yang berlaku di Kuantan baru-baru ini:

Mangsa dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp dan mendapat tawaran kerja untuk melanggan dan memberi tanda suka di YouTube.

1. Wanita Kuantan rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket YouTube

Seorang wanita di Kuantan menjadi mangsa penipuan dalam talian apabila terpedaya dengan tawaran kerja sehingga kerugian RM53,875.

Mangsa dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp pada 29 Januari lepas berhubung tawaran kerja untuk melanggan dan memberi tanda suka di YouTube.

Modus operandi 'scammer' tersebut ialah apabila menjanjikan komisen sebanyak 30 peratus untuk setiap tugasan yang dilakukan mangsa.

Mangsa yang berminat terus membuat pembayaran sehingga mengeluarkan wang simpanan dan meminjam daripada ahli keluarga yang keseluruhannya berjumlah RM53,875.

Wanita itu kemudiannya menyedari ditipu selepas tidak menerima sebarang bayaran balik walaupun membuat bayaran secara dalam talian.

A customer counts her ringgit notes outside a money changer at the central business district in Singapore in this August 25, 2015 file photo.  Malaysia's ringgit jumped more than 5 percent to a five-week high on October 7, 2015 on stop-loss dollar selling and higher local stocks.  The ringgit, the worst performing Asian currency so far this year, surged as much as 5.2 percent to 4.1600 per dollar, its strongest since Sept 1.     REUTERS/Edgar Su/Files

Suspek meminta mangsa membuat pinjaman peribadi dan memberikan satu pautan untuk mengisi maklumat wanita berkenaan.

2. Jururawat rugi RM198,000 ditipu sindiket senjata api

Seorang jururawat berdepan nasib malang apabila kerugian wang berjumlah RM198,000 yang baru dipinjam daripada pihak bank.

Mangsa pada mulanya menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pihak syarikat penghantaran barang pada 13 Disember 2022.

Panggilan telefon tersebut kemudian disambungkan kepada ‘pegawai polis’ yang memaklumkan, kononnya mangsa terlibat dalam sindiket senjata api dan pengedaran dadah

Suspek meminta mangsa membuat pinjaman peribadi dan memberikan satu pautan untuk mengisi maklumat wanita berkenaan.

Namun tanpa disedari, permohonan pinjaman peribadi mangsa diluluskan oleh pihak bank dan wang tersebut dipindahkan ke akaun suspek tanpa disedari oleh mangsa.

Scammer 4

Mangsa mengambil keputusan untuk menyertai pakej bernilai RM12,100 dengan membuka dua akaun.

3. Syarikat pelaburan emas

Seorang peniaga terpaksa berputih mata apabila menanggung kerugian kira-kira RM12,100 ketika melakukan urusan jual beli dengan sebuah syarikat pelaburan emas di Kuantan.

Syarikat tersebut dikatakan menggunakan singkatan nama EGV yang menawarkan pakej pelaburan emas bermula RM900 hingga RM12,100.

Selepas menawarkan pakej perlaburan, mangsa mengambil keputusan untuk menyertai pakej bernilai RM12,100 dengan membuka dua akaun.

Menurut perjanjian, emas yang dibeli sebanyak 80 gram (g) itu bakal diterima secara berperingkat selepas tujuh hari pembayaran dilakukan.

Janji hanya tinggal janji, dia yang sepatutnya menerima penghantaran emas tidak menjadi kenyataan, apabila syarikat tersebut menangguhkannya dengan pelbagai alasan.

Modus operandi digunakan suspek adalah dengan menyamar sebagai pegawai LHDN dan polis bagi tujuan penipuan.

4. Peniaga rugi RM45,400 selepas ditipu pegawai LHDN

Seorang peniaga mengalami kerugian RM45,400 selepas ditipu dua individu yang masing-masing menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis.

Suspek memaklumkan syarikat yang didaftarkan atas nama mangsa mempunyai tunggakan cukai syarikat sebanyak RM54,978.

Suspek kemudian menghantar satu pautan yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp dan meminta mangsa menekan pautan MyBNM serta mengisi maklumat berkaitan termasuk akaun bank.

Modus operandi digunakan suspek adalah dengan menyamar sebagai pegawai LHDN dan polis bagi tujuan penipuan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram