Polis keluarkan senarai baharu mangsa kemalangan Genting Highlands


  • 112
  • Khamis, 09 Feb 2023

Keadaan van yang terlibat ketika nahas berhampiran Genting Highlands, baru-baru ini. — Agensi

POLIS mengeluarkan senarai terbaharu tujuh mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan van persiaran dinaiki kemalangan di Kilometer 4.8 di laluan turun Genting Highlands-Kuala Lumpur, Bentong pada Rabu selepas mendapat pengesahan dari ahli keluarga.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa yang maut ialah Wong Ah Moi @ Wong Seh Moi, 83 tahun dan bukannya Goh Siew Kim, 61, seperti yang dilaporkan.

Katanya,mereka tersilap identiti kerana Wong memegang MyKad milik Goh.

"Goh terselamat dalam kemalangan itu dan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

"Selain Seh Moi, senarai baharu itu yang disahkan meninggal dunia dalam kemalangan itu ialah Wong Choun Chiet, 49, Foong Ah Lan, 67, Lee Moy 67, Ang Meng Hong, 62, Seow Mee Tin, 72, dan Chang Them Kong, 70," katanya dalam satu kenyataan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram