SERAMAI enam wanita pelayan pelanggan (GRO) ditahan kerana dipercayai membekalkan dadah, selepas polis menjalankan serbuan di sebuah pusat hiburan di Lembah Klang, Selangor pada Isnin.
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menerusi satu kenyataan berkata, keenam-enamnya adalah antara 38 individu yang diperiksa ketika serbuan tersebut.
Antara suspek ditahan ketika serbuan itu. — PDRM
Setelah pemeriksaan, katanya, keenam-enam wanita warga asing itu dipercayai bukan sahaja mengedar dadah, malah turut melakukan kesalahan imigiresen.
"Keenam-enam suspek ditahan di bawah Seksyen 39B ADB 195 dan Seksyen 55B/39b Akta Imigresen 1959/63.
"Manakala 27 individu yang lain ditahan di bawah Seksyen 15(1) (a) ADB 1952," katanya.
Antara air minuman yang mengandungi cecair Methamphetamine dirampas ketika serbuan itu. —PDRM
Tambahnya, pihak polis turut merampas 1,620 mililiter (ml) jus minuman yang mengandungi bahan disyaki cecair Methamphetamine, dan 133 peket plastik yang berisi dadah MDMA seberat 2,069 gram (g).
Antara 133 peket plastik yang berisi dadah MDMA dirampas. —PDRM
Turut dirampas adalah sepeket plastik lutsinar berisi dadah jenis Methamphetamine seberat 31g.
"Anggaran nilai keseluruhan rampasan dadah ini adalah berjumlah RM43,750.
"JSJN menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222," kata kenyataan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram