Kes tumbuk mati majikan di Alor Setar, tukang masak direman 7 hari


  • 112
  • Isnin, 06 Feb 2023

Lokasi mayat mangsa di Jalan Stadium di Alor Setar, Kedah pada Ahad.

SEORANG pembantu tukang masak lelaki yang disyaki memukul majikannya sehingga menyebabkan kematian di Jalan Stadium di Alor Setar, Kedah pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, suspek yang berumur 55 tahun itu direman tujuh hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan.

"Polis masih sedang menunggu laporan penuh bedah siasat mangsa daripada pihak hospital. Semakan lanjut juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif dadah.

"Setakat ini, terdapat kira-kira lima saksi telah dipanggil untuk diambil keterangan berhubung kes yang berlaku itu,” katanya kepada pemberita di Alor Setar pada Isnin.

Pada Sabtu, media melaporkan seorang pembantu tukang masak lelaki dipercayai bertindak menumbuk dan memukul majikannya yang berumur 68 tahun menggunakan sebatang kayu dalam pergaduhan di belakang sebuah restoran di Jalan Stadium pada pukul 5.15 petang Sabtu (4 Februari).

Mangsa, Ishak Othman, dikatakan tiba-tiba rebah sebaik sahaja pergaduhan dengan suspek berjaya dileraikan ahli keluarga masing-masing sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

Difahamkan, punca pergaduhan adalah apabila suspek berang kerana isterinya dimarahi mangsa dipercayai berkaitan pinggan mangkuk yang dicuci. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

polis, kedai, tukang masak, majikan, Jalan Stadium