[VIDEO] Budak melecur teruk akibat main bunga api di balkoni


  • Tular
  • Isnin, 06 Feb 2023

Tangkap layar video ketika kanak-kanak terbabit bermain bunga api.

KEMERIAHAN perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut pada Januari lalu masih lagi terasa, dengan penganjuran rumah terbuka diadakan oleh kebanyakan penganut Buddha di seluruh dunia.

Perayaan tersebut agak suram sekiranya tidak diserikan dengan persembahan tarian singa dan upacara pembakaran mercun serta bunga api.

Namun, tatkala rakyat negara ini teruja dengan sambutan perayaan itu, malang tidak berbau bagi seorang kanak-kanak apabila cedera ketika bermain bunga api.

Menerusi video tular, kanak-kanak perempuan itu pada mulanya dilihat bermain bunga api di sebuah balkoni rumah.

Meskipun dipantau oleh seorang lelaki dipercayai bapanya, kemalangan akibat bahan api itu masih tidak dapat dikawal, selepas percikan api tidak semena-mena terkena pada badan kanak-kanak tersebut.

Gambar berasingan memaparkan kanak-kanak tersebut dilihat menangis kesakitan, selepas tangan kanannya cedera akibat terkena percikan bunga api berkenaan.

template - 2023-02-06T134405.092

Gambar kesan kecederaan yang dialami kanak-kanak terbabit.

Masa dan lokasi sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan.

Baru-baru ini, kerajaan akan membenarkan penjualan mercun dan bunga api dalam masa terdekat, termasuk garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pemborong dan pengimport.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, jika ia dapat dilaksana, garis panduan jualannya berkuat kuasa pada Hari Raya Aidilfitri ini.

Pada masa sama, Majoriti mendapati, pengumuman itu dilihat tidak disenangi oleh kebanyakan rakyat di negara ini, dengan mengambil kira pencemaran bunyi dan bahaya penggunaan bahan api tersebut sehingga menyebabkan kecederaan dan kecacatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram