PEMILIK sebuah kedai emas tidak menyangka misteri kehilangan sebuah rantai yang ruang pameran rupa-rupanya disebabkan oleh seekor tikus.
Kes itu terbongkar selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan menunjukkan detik-detik 'pencuri' itu mengambil rantai berkenaan.
Insiden itu dipercayai berlaku di India tetapi lokasi tepatnya tidak dapat dipastikan.
Tarikh kejadian berkenaan dikatakan berlaku pada 29 Januari lalu apabila seorang pegawai polis menyiarkan rakaman kecurian tersebut di media sosial.
Dalam video berdurasi 30 saat itu, kelihatan tikus berkenaan keluar dari lubang bahagian atas sebelum melompat ke sebuah patung pameran yang dikalungkan rantai.
Kemudian tikus itu menggigit rantai tersebut sebelum memasuki lubang dari tempatnya keluar.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan jenis rantai itu tetapi ia dipercayai rantai berlian, dan jumlah kerugian tidak dapat dipastikan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram