Mengamuk di SK Taman Warisan Puteri rupanya sekadar berlakon


  • Tular
  • Khamis, 02 Feb 2023

Latihan demonstrasi keselamatan yang dijalankan di SK Taman Warisan Puteri.

VIDEO tular seorang lelaki mengamuk memegang kayu di perkarangan sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini hanyalah lakonan keselamatan semata-mata.

Perkara itu disahkan menerusi hantaran di akaun Facebook Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Warisan Puteri yang menjelaskan kehadiran lelaki dalam keadaan mengamuk di tengah-tengah tapak perhimpunan sekolah adalah latihan demonstrasi keselamatan.

“Objektif latihan tersebut adalah sebagai persediaan dan latihan kepada pelajar dan guru sekiranya kejadian tersebut berlaku di sekolah.

“Persediaan tersebut meliputi sudut menyelamatkan diri sekiranya kejadian tersebut benar-benar berlaku,” katanya dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, beberapa laporan mendakwa seorang lelaki dipercayai bapa kepada salah seorang murid di sebuah sekolah mengamuk bersenjatakan kayu selepas kononnya anak dia dipukul seorang guru di sekolah tersebut.

Rakaman video yang tular di Tiktok itu menunjukkan lelaki yang memakai topi dan berbaju ungu itu memaki hamun dua orang guru yang berada di tapak perhimpunan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram