POLIS berjaya menahan seorang banduan yang melarikan diri dari Pusat Koreksional Jasin, Melaka sejak enam hari lepas di sekitar kawasan Alor Gajah pada Isnin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Komisioner Mohd Fadzli Othman berkata, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9 malam dan dibawa ke Mahkamah Majistret Jasin pada Selasa bagi permohonan reman.
"Siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan.
Polis sebelum ini dilaporkan memburu banduan itu yang dipercayai meloloskan diri dari pusat tersebut pada 24 Januari lepas dan disedari warden penjara berkenaan kira-kira 2.20 petang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram