'Rider' Singapura hanyut ketika cuba redah banjir di Mersing


  • 112
  • Khamis, 26 Jan 2023

Keadaan motosikal berkuasa tinggi dihanyutkan air di Mersing pada Rabu.

SEBUAH motosikal berkuasa tinggi dengan nombor pendaftaran Singapura dipercayai hanyut ketika cuba meredah jalan yang dinaiki air di Jalan Nitar, Mersing, Johor pada Rabu.

Difahamkan motosikal yang mengikuti konvoi motosikal berkuasa tinggi itu mengalami kerosakan ketika meredah banjir di jalan tersebut.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kejadian dipercayai berlaku pada tengahari tadi Rabu.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, konvoi berkenaan dalam perjalanan dari Mersing ke Kluang menuju ke Kuantan, Pahang.

“Setakat ini tiada laporan polis diterima berkaitan kejadian itu. Berdasarkan maklumat kejadian pada tengah hari Rabu.

“Konvoi enam buah motosikal berkuasa tinggi itu dari arah Mersing ke arah Kluang. Ketika tiba di lokasi motosikal yang dinaiki antara mereka rosak.

“Kumpulan Konvoi itu dibantu oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melakukan tugasan banjir di kawasan Kampung Jamari, Mersing,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dan konvoi terbabit kemudian meneruskan perjalanan dengan bantuan tow truck.

Sebelum ini tular sebuah video berdurasi 27 saat memaparkan beberapa individu menyelamatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan nombor pendaftaran Singapura yang dipercayai hanyut ketika cuba meredah jalan yang dinaiki air. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram