Status KJ dalam Umno diketahui petang Rabu


  • Politik
  • Rabu, 25 Jan 2023

Status keahlian Khairy Jamaluddin dalam Umno akan diketahui petang Rabu.

STATUS keahlian Khairy Jamaluddin dalam Umno dijangka diketahui petang Rabu.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam sidang media selepas melawat projek "Satu Anggota, Satu Rumah" (Sasar) Kementerian Pertahanan di Sungai Besi pada Rabu.

"Petang ini," katanya ringkas ketika diminta mengulas perkara itu.

Sebelum ini, Khairy secara terbuka menyatakan matlamatnya untuk membersihkan parti sekiranya berjaya memenangi kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15).

Khairy juga menegaskan bahawa semua pihak mesti mengakui bahawa Umno perlu berubah untuk sekali lagi menjadi parti yang boleh dibanggakan.

Bekas ketua pemuda Umno itu juga sebelum ini mendakwa wujud konspirasi segelintir perwakilan menghapuskan usul tidak bertanding bagi dua jawatan teratas dalam pemilihan parti akan datang agar ia diluluskan pada perhimpunan agung Umno baru-baru ini. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram