Polis guna dron pantau lokasi panas sempena Tahun Baharu Cina


  • 112
  • Sabtu, 21 Jan 2023

Teknologi dron akan digunakan bagi mengenal pasti lokasi panas di beberapa lebuh raya.

JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan menggunakan teknologi dron untuk mengenal pasti kawasan yang kerap terlibat dengan kemalangan sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

"Sepanjang tempoh Ops Selamat 19, Pusat Gerakan Udara (PGU) sudah dikerah bersama JSPT. Skuad unit dron akan ditempatkan di sektor Utara, Timur dan Selatan dan fokus mereka adalah untuk membantu JSPT di kawasan panas.

"Ia memudahkan maklumat disampaikan dengan pantas kepada petugas JSPT di lapangan supaya tindakan segera dapat diambil," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, mereka turut menjangkakan sebanyak 170,000 kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, 60,000 di Lebuhraya Pantai Timur 1 manakala dua juta akan berada di Lebuhraya Utara Selatan.

"Pengguna jalan raya yang penat dan perlu berehat disaran supaya berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R), hentian sebelah dan plaza tol di lebuh raya," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram