Gara-gara tak dapat potong 'queue', orang tua botak jadi 'Hulk' hancurkan bonet kereta depan


  • Benua
  • Jumaat, 20 Jan 2023

Tangkap layar tindakan lelaki itu sewaktu menghempas tangannya pada bonet kereta mangsa.

GARA-GARA tidak dibenarkan memotong kereta, seorang pemandu lelaki 'naik hantu' menghancurkan bonet hadapan pengguna jalan raya lain di Pasir Ris Grove, Pasir Ris, Singapura.

Ketika kejadian berkenaan, mangsa sedang dalam perjalanan menghantar anak perempuannya ke sekolah di sepanjang Pasir Ris Grove menghala ke Pasir Ris Drive 8 pada kira-kira pukul 6.40 pagi.

“Kebiasaan lalu lintas pada waktu puncak adalah sempit berikutan pembinaan jalan yang sedang dijalankan.

“Volvo hitam itu dipandu oleh orang tua botak yang mungkin tidak mahu beratur seperti kereta-kereta lain.

“Dia menentang arus lalu lintas yang datang untuk memotong lorong saya.

"Dia kecewa kerana tidak dapat memotong sehingga bertindak umpama 'Hulk' dengan menghempas tangannya pada bonet kereta saya," kata mangsa berkenaan.

Berdasarkan laporan dari Stomp, lelaki itu kemudian membuat hal dengan menjerit kepada pemandu lain sebelum masuk semula ke dalam keretanya dan memandu meninggalkan lokasi.

"Anak perempuan saya yang berusia 10 tahun terkejut dan bertanya kepada saya mengapa lelaki itu bertindak sedemikian.

"Saya menjelaskan kepadanya bahawa terdapat ramai orang seperti itu dan kita jangan menjadi seperti mereka.

"Walaupun undang-undang tidak menghukum mereka, lambat laun, mereka akan bertemu orang lain di jalan raya yang akan memberi mereka pengajaran," tambahnya.

Mangsa yang bernama KT itu menambah bahawa dia telah membuat laporan polis terhadap pemandu berlagak samseng itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram