[VIDEO] Lapan lot kedai makan di Astaka Stadium Bandaraya musnah dijilat api


  • 112
  • Rabu, 18 Jan 2023

Tempat makan popular dalam kalangan penduduk tempatan berkenaan terbakar kira-kira pukul 7.25 pagi. — Facebook

LAPAN lot kedai makan di Astaka Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang musnah dijilat api selepas terlibat dalam satu kebakaran pada pagi Rabu.

Difahamkan, tempat makan popular dalam kalangan penduduk tempatan berkenaan terbakar kira-kira pukul 7.25 pagi.

Pada waktu kejadian, pemilik kedai belum lagi memulakan operasi perniagaan mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A'Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran tersebut pada pukul 7.30 pagi dan kemudiannya bergegas ke tempat kejadian.

"Setibanya di tempat kejadian mendapati api dalam keadaan marak.

"Kebakaran hanya melibatkan lapan lot kedai makan dengan peratusan kemusnahan dianggarkan kira-kira 50 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut A'Azelan, bagaimanapun punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram