ISTERI mana yang tidak gelisah apabila masih gagal untuk menghubungi suami tercinta dan melihat wajah pasangannya itu di rumah mereka.
Situasi itu menggambarkan kisah tular di media sosial mengenai satu hantaran seorang pengguna Facebook, Nur Mairah yang bertanya kepada orang ramai mengenai keberadaan suaminya.
Dalam hantaran itu, wanita berkenaan menyatakan bahawa pasangannya yang bekerja sebagai penghantar makanan foodpanda itu sudah hilang hampir seminggu.
Jelas pengguna Facebook itu, kali terakhir melihat kelibat suaminya adalah pada Isnin lalu yang mana ketika itu lelaki berkenaan mengenakan baju foodpanda.
"Assalamualaikum. Kalau ada sesiapa nampak suami saya Muhammad Faisal sila pm saya. Dia keluar hari Isnin, 9/1/23 pukul 4.00 petang sampai sekarang hari Jumaat, 13/1/23 masih tak pulang tanpa khabar berita.
"Handphone mati. Last pakai baju foodpanda dan pakai beg hitam. Motor saya sertakan dekat gmbar dan nombor plat dia JKY 9563," tulisnya pada hantaran itu.
Motor yang digunakan oleh suami wanita itu.
Dalam pada itu, wanita yang bernama Nur Humairah Nasir Hussain itu juga difahamkan sudah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis pada Khamis.
Berdasarkan laporan yang dibuat Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak, Selangor, wanita itu turut menyatakan bahawa dirinya sudah cuba untuk mencari suaminya di tempat kerja dan bertanya kepada ahli keluarga lelaki berkenaan.
Nur Humairah berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai adiknya untuk menghubungi beliau di talian 016-3198312, 012-7210374 atau 012-7210384. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram