SEORANG budak lelaki berusia 6 tahun maut selepas dilanggar sebuah bas dalam kejadian di Desa Karangtengah, Baturraden, Indonesia pada Jumaat lalu.
Mangsa yang dikenali dengan nama Jalu pada awalnya melintas jalan tanpa mempedulikan kehadiran bas.
Ketua Polis Banyumas, Edy Suranta Sitepu berkata, kejadian itu berlaku melibatkan sebuah bas ekspres.
"Bas tersebut dari arah utara menghala ke selatan dengan kelajuan 40 kilometer sejam.
"Ketika menyusuri laluan kampung itu, secara tiba-tiba mangsa menyeberangi jalan dengan berlari.
"Tindakan tiba-tiba mangsa menyebabkan bas tidak dapat berhenti dengan segera yang akhirnya merempuh mangsa," katanya.
Difahamkan, ibu mangsa hanya menyedari insiden itu selepas anaknya dirempuh bas terbabit.
Tambahnya, pihaknya kini sedang melakukan siasatan lanjut termasuk memeriksa kamera yang terdapat di dalam bas itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram