Didakwa bunuh penganggur, kontraktor Kelantan bakal berdepan hukuman mati


Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati jika sabit kesalahan. 

SEORANG kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Pasir Puteh, Kelantan pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang penganggur dua tahun lepas.

Tuan Mohd Ridzwan Tuan Mohamad, 34, didakwa membunuh penganggur, Che Sobrie Che Ali, 37, di Kampung Saring, Pasir Puteh, antara 9.30 malam hingga 10 malam pada 1 Ogos 2021.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripDIada Tuan Mohd Ridzwan atau dikenali sebagai Iwe Telosan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asma’a Che Omar manakala tertuduh diwakili peguam Wan Mohd Ikram Wan Ibrahim.

Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri menetapkan 12 April untuk sebutan semula kes. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram