IBU kepada selebriti cef terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan meninggal dunia pada awal pagi Khamis.
Ibunya Noraini Abdullah atau Cik Ani sebelum ini dimasukkan ke hospital ekoran daripada masalah kesihatan dan meninggal dunia selepas 11 hari koma di hospital.
Sebelum ini Chef Wan melalui laman Instagram peribadinya memberitahu, kesihatan ibunya yang berusia 93 tahun itu semakin merosot.
Menurut doktor, degupan jantung ibunya semakin perlahan dan tidak teratur.
Rakaman Chef Wan bersama ibunya ketika menyambut hari lahir ke-90.
Mengetahui bahawa dia tidak mempunyai banyak masa lagi, Chef Wan enggan meninggalkan tempat tidur ibunya sambil mengambil kesempatan untuk memberitahu betapa Cik Ani sangat bermakna kepadanya.
“Saya berbisik ke telinganya, ‘Ma kalau sudah bersedia, sila pergi. Saya akan berada di sini untuk menjaga keluarga kami. Emak telah menjadi ibu terbaik yang diharapkan oleh sesiapa sahaja.
"Banyak yang kami lalui dalam hidup bersama. Emak pergi ya (Mak, boleh lepaskan). Ma akan pergi ke tempat yang sangat damai dan istimewa’,” tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram