PERHIMPUNAN Agung Umno 2022 yang membuka tirainya pada Rabu menjadi tumpuan ramai terutamanya ahli parti yang mahu tahu hala tuju dan kemungkinan wujudnya kepimpinan baharu.
Namun, disebalik itu, terdapat juga beberapa pemimpin Umno mula mengeluarkan kenyataan berbaur 'promosi' untuk merebut jawatan presiden parti yang kini dipegang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Seorang daripadanya ialah bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang berkata, dia akan memastikan Umno tetap menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika dia atau sekutunya dilantik menjadi presiden parti.
Khairy turut dipetik berkata dia tidak akan menyokong kaedah pintu belakang untuk perubahan dalam pentadbiran.
Namun, beberapa warganet menganggap kenyataan Khairy itu bersifat retorik dan mereka yang mendengarnya perlu berhati-hati.
Seorang warganet, Fuadeagle berkata, kenyataan Khairy itu bagai memberi makna bahawa ahli politik itu perlukan jawatan untuk menyokong kepimpinan Anwar.
"Khairy, kamu akan sokong Anwar dengan meletak syarat untuk jadi Presiden Umno. Kalau tak jadi (presiden), mak tak sokong Anwarlah ya?
"Kamu satu geng dengan Hishammuddin 'No Anwar No DAP' kan? Dasar pembelit macam walaun juga," katanya.
Seorang lagi warganet, tak fahampun berkata, sama ada Khairy memberi sokongan atau tidak, Anwar tidak terganggu.
"Delusional dia ini. Seperti mana self proclaimed 'future PM candidate'. Sekurang-kurangnya Syed Saddiq berjaya tubuhkan parti dan jadi presiden parti, kamu?" katanya.
Sementara itu, beberapa lagi warganet turut menghantar meme dan gambar ular sebagai komen balas terhadap apa yang diperkatakan Khairy. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram